Program Cashless Society

8 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2026, telah diadakan Program Cashless Society yang dilaksanakan secara fizikal di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan menggalakkan komuniti menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam urusan harian, di samping memberikan panduan dan pendedahan tentang penggunaan transaksi digital yang lebih mudah, pantas dan selamat.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program, antaranya Jualan Usahawan Setempat, Jualan Rahmah serta pameran dan informasi daripada booth MCMC, Bank Islam dan ToyyibPay. Pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan kemudahan pembayaran digital serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan transaksi tanpa tunai.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna, pertandingan masakan, pertandingan poster digital dan cabutan bertuah yang melibatkan komuniti setempat. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menarik kehadiran pengunjung, malah mewujudkan suasana yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
Secara keseluruhannya, Program Cashless Society berjaya memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai manfaat pembayaran tanpa tunai serta menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali